bismillah Pictures, Images and Photos

Thursday 31 March 2011

April Fool , Dishonest Tradition

Assalamualaikum wbt




Setiap kali tibanya 1 april dalam beberapa tahun kebelakangan, inbox kita sering dipenuhi dengan forwarded email dari rakan-rakan yang Deen-conscious yang berkaitan dengan sejarah April Fool yang mana hari tersebut disambut oleh penganut agama Kristian bagi meraikan kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.


Tidak kurang banyaknya juga artikel-artikel yang ditulis mendakwa bahawa sejarah pembunuhan orang Islam oleh Kristian ini hanya rekaan semata-mata. Golongan ini berhujah berdasarkan fakta bahawa April Fool adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492. Kedua-dua pendapat ini kekal sehingga saat ini sebagai teori semata-mata dan tidak ada kepastian dalam menentukan kesahihannya






Post ini ditulis bukanlah bertujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini, jauh sekali menyangkal hujah mana-mana pihak. Apapun hujah serta pendapat yang dikemukakan dari kedua belah pihak , ada qadr musytarak (persamaan) dalam tujuan utama artikel-artikel seumpama itu ditulis iaitu, menerangkan kepada umat Islam bahawa , April Fool , adalah satu tradisi Barat yang tidak seharusnya dipraktikkan.


Sejarah asal usul wujudnya sambutan April Fool ini bukanlah isu  yang perlu diberikan fokus utama. sebaliknya, yang perlu kepada lebih penekanan adalah terdapatnya  unsur-unsur kurang sihat seperti, tipuhelah dan ketidakjujuran yang boleh merosakkan hubungan sesama muslim dalam perayaan tersebut yang sangat jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam.




Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :




Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh yang demikian, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :





"Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan"

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.



Nabi SAW bersabda.



انا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء ولو كان محقا 
وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب ان كان مازحا 
وببيت في أعلى الجنة لمن حسن خلقه 

Rasulullah saw memberi jaminan dengan sebuah rumah di tempat yang bawah di dalam syurga bagi sesiapa yang mengalah di dalam ketidaksefahaman (argument) walaupun dia berada pada pihak yang benar.

dan sebuah rumah di pertengahan syurga bagi sesiapa yang meninggalkan dusta/tipu walaupun dengan tujuan untuk bergurau...

WAllahu a'lam

sumber rujukan : zaharudin.net

Wednesday 16 March 2011

SENARAI ORGANISASI PERSATUAN PELAJAR ASASI ( PERINTIS) 2010/2011

PRESIDEN
ASHEEF BARKHIA BIN YAHYA

TIMBALAN PRESIDEN 1
ABDUL SAMAD B ABDUL RAHMAN

TIMBALAN PRESIDEN 2
ASMA' AMALINA BINTI IDRIS

SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD AFIFFUDDIN BIN IDRIS

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
ZATI IWANI BINTI ABIN@ HAZIZAN

BENDAHARI
NOR FARAHTUL AIN BT HARUN

BIRO AKADEMIK ,DAKWAH, & PEMBAGUNAN
PENGERUSI      : MOHD AMIRUL BIN YAAKOB
T/ PENGERUSI : NUR ATIKAH BINTI ABDUL HALIM

BIRO EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN KEBAJIKAN
PENGERUSI     : MUHAMMAD KHAIRI BIN HASIM
T/PENGERUSI  : NURUL 'ATIQAH BT ISMAIL

BIRO PENERANGAN, INFORMASI DAN PENERBITAN
PENGERUSI     : WAN AHMAD FAIQ BIN ADNAN
T/PENGERUSI  : NUR HAYATI BINTI MOHD TERMIZI

BIRO SUKAN REKREASI DAN KEBUDAYAAN
PENGERUSI    : NASRULLAH BIN YUSOFF
T/PENGERUSI : NURUL NADZIRA BINTI NORRIZWAN

BIRO PERHUBUNGAN , PENEMPATAN DAN KEMASYARAKATAN
PENGERUSI    :AHMAD NUR FATIHI BIN ABDUL GHANI
T/PENGERUSI :NUR FAZNIE BINTI YUSUF

MOLEKUL AIR ZAM ZAM

Assalamualaikum, 

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa
 
dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
 
hayatilah petikan dibawah:
 

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
 
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah
 
beliau.
 

Diantaranya :
 

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
 
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
 
Allah.
 

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
 
satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru
 
ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang
 
bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
 
UM).
 

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.
 
Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
 
ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
 
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
 
perigi dan bermacam lagi).
 
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
 
air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
 
samar-samar,
 
tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
 
sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
 
berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
 
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel
 
air
 
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
 

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
 
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
 
(bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan
 
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
 
profesor
 
bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah
 
ini".
 
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
 
tangan
 
dan
 
menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
 

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
 
bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
 
zam-zam.
 

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
 
Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak
 
air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
 
zam-zam."
 

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
 
mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
 
itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
 
dapat
 
menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
 
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu
 
seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
 
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
 
seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
 
yg buncit).
 

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
 
dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti
 
berlian
 
dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
 
menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
 
diskrin
 
molikul air berupa seperti sel-sel barah.
 

Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
 
kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
 

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
 
merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
 
masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
 
ayat-ayat yang mulia kepadanya".
 

Wassalam.
 

HIKMAT AYAT AL-KURSI MENGIKUT HADIS-HADIS:



(1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat   tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua
orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

(2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

(3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

(4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


(5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

(6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

(7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya..

Tuesday 15 March 2011


YA RASULULLAH S.W.T

Rasulullah...

teringat kisah baginda bagaimana memulakan dakwah. Didustakan kaum musyrikin, dicaci, berlapar kerana boikot dan dilempar batu hingga mengalir darah di kedua kakinya semata mahu mereka dapatkan kebenaran.
teringat kisah Rasulullah bagaimana debaran perjalanan baginda dengan Abu Bakar, hampir dibunuh dalam hijrah demi mahu Islam tetap terpelihara.
teringat kisah Rasulullah memohon pada Allah kemenangan dalam perang Badar kerana jika tentera Islam musnah di perang Badar tiada lagi yang akan menyembah Allah di bumi.

teringat kisah Rasulullah yang cedera di perang Uhud, akibat ketidaktaatan pada perintah pemimpin. Baginda pengsan dengan wajah terluka, lutut terkoyak, bibir bawah berdarah, serpihan topi besi baginda tertancap di pipi.
banyak lagi....
semua org pun tau kehidupan Rasulullah bagaimana...
semua org pun tau apa yang Rasulullah lakukan... 

sesungguhnya dia kekasih Allah 
tapi baginda juga seorang bapa, suami, pemerintah, sahabat etc 
tetap menyampaikan Islam 
sampaikan dengan sempurna
buat panduan kita semua
pengorbanannya yang tiada tolok bandingan
memang syuga teratas layak buatnya 


betapa Rasulullah kasihkan umatnya....
menyebut ummati...ummati....ummati...
di saat sakaratul maut
merisaukan bagaimana keadaan KITA SEMUA setelah ketiadaannya...


"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. 
Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. 


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

teringin bertemu Rasulullah di syurga nanti...
terbayang dapat berbual dan bersenda gurau dengan Rasulullah... 
rindu pada Rasulullah...

Allahhumma soli 'ala saidina Muhammad...
Allahhumma soli 'ala saidina Muhammad...
Allahhumma soli 'ala saidina Muhammad.