bismillah Pictures, Images and Photos

Thursday 31 March 2011

April Fool , Dishonest Tradition

Assalamualaikum wbt




Setiap kali tibanya 1 april dalam beberapa tahun kebelakangan, inbox kita sering dipenuhi dengan forwarded email dari rakan-rakan yang Deen-conscious yang berkaitan dengan sejarah April Fool yang mana hari tersebut disambut oleh penganut agama Kristian bagi meraikan kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.


Tidak kurang banyaknya juga artikel-artikel yang ditulis mendakwa bahawa sejarah pembunuhan orang Islam oleh Kristian ini hanya rekaan semata-mata. Golongan ini berhujah berdasarkan fakta bahawa April Fool adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492. Kedua-dua pendapat ini kekal sehingga saat ini sebagai teori semata-mata dan tidak ada kepastian dalam menentukan kesahihannya






Post ini ditulis bukanlah bertujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini, jauh sekali menyangkal hujah mana-mana pihak. Apapun hujah serta pendapat yang dikemukakan dari kedua belah pihak , ada qadr musytarak (persamaan) dalam tujuan utama artikel-artikel seumpama itu ditulis iaitu, menerangkan kepada umat Islam bahawa , April Fool , adalah satu tradisi Barat yang tidak seharusnya dipraktikkan.


Sejarah asal usul wujudnya sambutan April Fool ini bukanlah isu  yang perlu diberikan fokus utama. sebaliknya, yang perlu kepada lebih penekanan adalah terdapatnya  unsur-unsur kurang sihat seperti, tipuhelah dan ketidakjujuran yang boleh merosakkan hubungan sesama muslim dalam perayaan tersebut yang sangat jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam.




Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :




Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh yang demikian, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :





"Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan"

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.



Nabi SAW bersabda.



انا زعيم ببيت في ربض الجنة لمن ترك المراء ولو كان محقا 
وببيت في وسط الجنة لمن ترك الكذب ان كان مازحا 
وببيت في أعلى الجنة لمن حسن خلقه 

Rasulullah saw memberi jaminan dengan sebuah rumah di tempat yang bawah di dalam syurga bagi sesiapa yang mengalah di dalam ketidaksefahaman (argument) walaupun dia berada pada pihak yang benar.

dan sebuah rumah di pertengahan syurga bagi sesiapa yang meninggalkan dusta/tipu walaupun dengan tujuan untuk bergurau...

WAllahu a'lam

sumber rujukan : zaharudin.net

2 comments:

  1. pesanan ikhlas:jangan cakap tipu,,xbaik.Allah marah.nnti kena kerat lidah baru tw!

    ReplyDelete