bismillah Pictures, Images and Photos

Wednesday 7 September 2011

KEM PEMANTAPAN PERSONALITI

KEM PEMANTAPAN PERSONALITI

OBJEKTIF
1)      Membina personaliti diri yang mantap dalam kalangan para peserta.
2)      Membina keyakinan beragama dalam diri para peserta.
3)      Menggilap potensi dan kemampuan diri para peserta.

TEMA
“MEMANTAPKAN KEIZZAHAN DAN KEHIMMAHAN HAMBA, MENINGKATKAN PRETASI DIRI.

TARIKH
22,23 dan 24 september 2011

TEMPAT
Tasoh Lake Resort, Perlis.

FAEDAH YANG ANDA DAPAT DARIPADA PROGRAM
Mempunyai slot penting dan bermanfaat untuk anda ketahui,  Antaranya:

1)      Kalau tuhan tak dikenali (fokus- Hakikat kehambaan)
2)      Be a good Muslim            (fokus-Membina personaliti seorang mukmin)
3)      Just do It                          (fokus-Meningkatkan keyakinan dIm menghayati agama)
4)      Practice Make Perfect    (fokus- Menggilap Potensi dan Kemampuan Diri)
5)      Dunia ini satu persinggahan  (fokus-Mengumpul bekalan ke Akhirat )
6)      Hijrah Transformasi        (fokus- ke arah pencapaian yang lebih baik)

Antara aktiviti lain:
1)      Explores
2)      Flying fox
3)      Obstacle

YURAN PESERTA   “RM80”
sangat berpatutan dangan slot dan aktiviti yang disediakan .
YAKINLAH anda tidak akan rugi menyertainya.


Wednesday 17 August 2011

RAMADAN KAREEM


RAMADAN KAREEM
Brothers and sister in Islam, know that the days of this world are short and that the day or the hereafter are longer, no matter how much the person does of the good deeds in this life he will benefit from it in the hereafter which has no end. So come on and seek blessings, goodness, obediences , learning , and teaching the Religious Knowledge and in particular the personal obligatory knowledge in the month of forgiveness and mercy ,and the month of the Quran. Do remember that the Messenger of Allah SWT used to more generous in Ramadan.

PENGHAYATAN NUZUL QURAN

Al-Quran yang Allah SWT turunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadr ke langit dunia baitui ‘izah kemudian telahpun disampaikan kepada Rasulullah secara beransur – ansur selama lebih kurang 23thn .Al-Quran adalah kitab kalamullah yang tidak boleh dipandang ringan.Beriman kpd kitab Allah itu adalah satu daripada Rukun Iman.Sesiapa yang tidak yakin kepada kitab Allah itu maka dia dikira kufur terhadap Allah, akibatnya pada hari Qiamat nanti dia tergolong orang yang rugi.

Firman Allah SWT dalam ayat 121 suruh al-Baqarah:
Masudnya:” Orang-orang yang kami (Allah) datangkan kitab kepada mereka , meraka itu membacanya dengan benar-benar bacaan, mereka adalah orang-orang yang benar beriman dengannya (dengan Al-Quran). Sesiapa yang kufur (tidak mempecayainya) maka mereka itu adalah orang-orang yang rugi(di hari akhirat nanti)”

Dr Solah Abdul Fateh al Khalidi dalam kitabnya menjelaskan , matlamat utama al-Quran hamper tidak keluar dari 4 pekara besar:

1)     1) Membawa hidayah dan petunjuk kepada jalan Allah , petunjuk yang benar.

2)    2)  Al-Quran bermatlamatkan untuk melahirkan dan membentuk individu-individu yang bersalsiah islam , berpindah daripada realiti jahiliyah yg buruk kepada islam berpaksikan dan berteraskan kepada iman, tauhid kepada Allah.

3)     3) Al-Quran bermatlamatkan membentuk masyarakat Islam Qurani(Jilnul Farid) :- Masyarakat yg terdiri daripada individu yg terdidik dgn ajaran al-Quran, membangun dgn prinsip dan arahan al-Quran dan berkembang dalam suasana al-Quran dan hidup bawah naungan sinaran  al-Quran.

4)      4)Al-Quran juga membentuk kepimpinan umat yang sentiasa merujuk dan mengikut panduan daripada wahyu Allah (al-Quran) mengikut arahan syara’.


BASAHILAH  LIDAHMU  DENGAN  AYAT  SUCI AL-QURAN….
Wassalam…



Sunday 5 June 2011

kisah kematian


Cerita ini dikisahkan sendiri oleh seseorang yang sangat dipercayai. Kira, sumber sah dan tiada alasan untuk mereka cerita. Baru-baru ini ibu kepada yang menceritakan ini meninggal dunia. Dia mempunyai seorang saudara kanak-kanak istimewa. Pada masa di hospital, ketika arwah masih di hospital, kanak-kanak ini tidak mahu masuk melihat arwah. Begitu juga ketika orang memberikan penghormatan terakhir kepada arwah, kanak-kanak ini tidak mahu ikut sama walaupun dipujuk.
Ini mendatangkan hairan kepada pencerita dan dia memujuk kanak-kanak itu untuk bercerita apabila semuanya sudah selamat. Menurut kanak-kanak itu pada masa arwah sedang mengucap dua kalimah syahadah di belakang si pencerita (yang ketika itu sedang mengajar arwah mengucap) dia nampak dua makhluk yang bertanduk sedang bertepuk tangan meraikan kematian manusia (mungkinkah ia syaitan yang ingin memesongkan hati orang yang hampir meninggal dunia?). Di hadapan dada arwah satu makhluk yang sangat besar seolah-olah mahu menimpa arwah.
Pada ketika orang mengambil peluang untuk mencium wajah arwah untuk kali terakhir, kanak-kanak itu nampak bilik itu dipenuhi oleh ramai orang tua berbaju putih (mungkinkah roh-roh yang ingin mengiringi jenazah ke kubur) menunjukkan isyarat tangan ke bibir, meminta kanak-kanak itu berdiam.
Pada akhir perbualan kanak-kanak itu dengan pencerita, kanak-kanak itu menyesal kerana menurutnya telah mungkir janji pada seseorang kerana membocorkan rahsia.
Betapa istimewanya kanak-kanak yang boleh melihat alam ghaib. Pengajaran dari cerita ini begitu menginsafkan. Mati itu pasti dan bersediakah kita pergi? Semoga kita mati dalam iman, dalam Islam....

Saturday 14 May 2011

Tutorial: Cara Guna Photoscape :)

Assalammualaikum w.b.t ..anda nak tahu tak cara2  menggunakan photoscape neh ?
meh  saya ajarkan ..susah sangat :p
Siapa xda Photoscape xreti nk download...
Klik SINI >> Photoscape
Kita mulakan dari 3..
3..










2...







1....






0....



                  1) Pertama sekali  bukak Photoscape dulu..lepas klik "Anigif" yg saya bulat tu

2) Lepas klik Anigif.. akan keluar terpancar benda di atas ini..carilah gmbr yg anda inginkan di komputer kesayangan anda ..dan tarik gambar yg anda ingin itu pergi ke yg saya bulat warna biru tuh...


3) ini gmbr yg telah saya siapkan dan dikotakkan itu...
selepas itu ......


4) tukarkan kelajuan gmbr itu bergerak dr 1.00 second ke ______ second ..berada yg anda mahu..


5) Ctrl + A utk klik semua gmbr ataupon anda leh klik satu persatu pon leh gak..
dan anda mesti klik utk tukar masa gmbr itu bergerak.. ikot step ke 4 ...

6) Selepas anda mengikut step 5..anda akan nmpk benda ini & tukar la masanya...
"Display Time"






                7) Chaa !!  Inilah Hasilnya...saya membuat masa 50 sec
                    GOOD LUCK !!
            Simple, mudah & senang... Selamat mencuba :)

Sunday 8 May 2011

ADA APA DENGAN SURAH AL-MULK??

Assalamualaikum, kali ini kita ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai surah Al-Mulk. Ada apa sebenarnya dengan surah ini. Surah Al-Mulk ialah surah keamanan dan keselamatan. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, ia dapat menyelamatkan pembacanya daripada siksaan azab kubur. 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Ada satu kisah yang pernah berlaku yang mengaitkan surah Al-Mulk ini, pernah suatu ketika para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".

Pelbagai lagi kelebihan surah ini yang terdapat dalam hadis, antaranya ialah:

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Surah ini elok diamalkan pada setiap malam sebelum kita hendak tidur.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Adakah kita semua tidak mahu menjadi seperti kata Saiydina 'ali, ohh..alangkah ruginya...
Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

Kita seharusnya selalu mengamalkan surah Al-Mulk ini kerana:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
Alangkah indahnya jika kita selalu mengamalkan surah Al-Mulk ini, kerana padanya terdapat pelbagai manfaat. Oleh itu marilah kita mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian ini...

Wednesday 27 April 2011

MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PERSATUAN PELAJAR ASASI SESI 2010/2011


Assalamualaikum wbt

Pihak PERINTIS akan mengadakan program Majlis Pelancaran Dan Perasmian Persatuan Pelajar Asasi Sesi 2010/2011 yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti yang dinyatakan di bawah

tarikh : 8 Mei 2011
masa : 9.30 pg- 1.00 ptg
tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Dirasmikan Oleh : Dato Wira Dr Jamil B Osman (Rektor KUIN)

Antara pengisian program ialah :

1) pengenalan barisan kepimpinan PERINTIS sesi 2010/2011
2) penyerahan watikah perlantikan kepada barisan kepimpinan PERINTIS sesi 2010/2011
3) pembentangan polisi Pusat Pengajian Asasi
4) persembahan pelajar asasi ( nasyid dan deklamasi sajak)
5) cabutan bertuah (hadiah menarik menanti para peserta yang bertuah)

p/s : 
-kehadiran pelajar asasi adalah diwajibkan (sains, pengurusan dan pengajian islam , semester 2,dan 3) tiada sebarang pengecualian.
- tindakan akan diambil oleh Pihak Puat Pengajian Asasi sekiranya pelajar tidak menghadiri program ini

sama-samalah kita memeriahkan majlis

"PELAJAR ASASI INTELEK, PERINTIS MAHASISWA CEMERLANG"

Thursday 21 April 2011

ketika laki menangis....

Kata Siapa Lelaki tak pernah Menangis?

bahkan kadang jiwa dan hatinya lebih halus dari wanita
tersembunyi di balik kegagahan wajahnya

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depanmu..
tapi yakinlah di saat engkau tidak tahu
di jejak dia berangkat kerja
atau dalam duduk tafakur setelah sholatnya
kadang air mata itu tumpah

Karena akal mendominasi jiwanya
maka yang kau temukan hanya ketegaran

tapi coba kau tengok matanya
setelah ia mengimamkan sholat tahajud malam itu
ada kilatan cahaya embun yang menetes dalam ketegaran…
atau ketika dia tertunduk letih
setelah berjam-jam mencari nafkah…
lihat sejenak mata itu…
maka mata adalah cermin jiwa…

Maka menangislah Umar bin Khattab ketika mengetahui ada rakyatnya yang kelaparan
sementara kita tahu, bagaimana tegasnya sosok lelaki ini..
tapi air matanya pun tumpah…..

Inilah Sosok Lelaki
sosok suami yang Allah menatapnya dengan kerinduan..

Mereka menjemput pagi dengan harapan
dan membawa malam dengan asa…..

Lihat lah Lelaki yang saat ini menjadi suamimu..
sesungguhnya Surgamu
ada pada Keridhoan-Nya…..

Lihatlah Lelaki yang Allah Mengatakan lewat lisan Nabi SAW  kita..
“Barang siapa yang sore hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah di lakukannya, maka dia dapatkan sore hari tersebut, dosa-dosanya di ampuni Allah SWT”
(HR.Thabrani)


Merekalah Lelaki Sholeh
yang menumpakan air matanya
seraya lisan dan hatinya berdoa…

“Ya Rabbana, berikanlah kebaikan untuk Istri dan anak-anakku kelak….. Jadikanlah Mereka semua Kesenanganku di Surga-Mu yang Maha Indah…..”

Inilah Lelaki dan Suami Sholeh
idaman bidadari tak hanya bidadari bumi
tapi juga Bidadari Surga, yang mengintip Menanti.

Amin Allahhuma Amin......

Monday 18 April 2011

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(Riwayat al-Hakim)

 Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?
 Ibn ‘Abbas bertanya: Apakah ibu kamu masih hidup?
 Dia menjawab: “Tidak.”
 Ibn ‘Abbas berkata: Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?
Ibn ‘Abbas menjawab:Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.

SEDIKIT RENUNGAN ……

JANGAN HAMPAKAN HARAPAN SEORANG INSAN YG SANGGUP MATI KERANAMU…
Siapa insan itu?????
Pd akhir thn 1863, di Wales Selatan, seorang ibu berjalan kaki sambil menggendong bayinya menuju ke suatu tempat . Tiba-tiba datang badai salju menyerang sang ibu dan bayinya. Kerana hebatnya badai tersebut, x ada seorang pun yg berani keluar untuk menolong mereka.
Beberapa jam kemudian badai reda, Beberapa orang berusaha mencari sang ibu dan bayinya. Setelah beberapa saat mencari, mereka menemukan sang ibu telah menjadi mayat, tertutup salju tebal. Mereka sangat hairan kerana ternyata sang ibu telah melepaskan baju sejuk tebalnya.
Setelah mereka mengangkat mayatnya, mereka menemukan sang bayi yg masih hidup dengan dibalut baju sejuk tebal hangat di bawah badan ibu tersebut . Sang ibu tidak lagi memperdulikan keselamatannya. Ia hanya menginginkan agar bayinya dapat selamat, walaupun ia harus mengorbankan nyawanya.
Bayi tersebut kemudian bertumbuh dewasa dan menjadi seorang negarawan besar. Itulah perdana menteri inggeris yg memerintah pd 1916 – 1922, David Lloyd George (1863-194)
So, insan itu adalah seorang ibu…….
Hargailah ibu kita , sbb dialah yg melahirkan n membesarkan kita semua…
Ingat,, ibu byak berkorban utk kita….

Sajak Ibu.. 2 Minit Yg mencucurkan air mata.. WAJIB TENGOK

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu……..
Ambil contoh yg baik –baik sahaja, yg tak baik jgn ambil k.    ^_^

Friday 15 April 2011

beautifully written nasheed

assalamualaikum wbt~

kat sini BPIP PERINTIS nak share beberapa buah nasheed (tanpa background music). hopefully dapat membantu ahli2 perintis dalam mencari alternatif hiburan bersesuaian dengan kehendak Islam.

p/s : boleh download mp3 nasheed2 tersebut di link yang kami sediakan kat bawah link vdeo youtube tu=)

1) Anas al Ghamidi - يا ليت اليوم


download mp3 : http://www.4shared.com/file/81072863/fd01216b/_2_____2.html

2) امانة لا تجي منك


download mp3 : http://www.4shared.com/audio/iGzTXNS4/____-_Amana_nasheed.html

3) Qutaiba zuwaiyad : manaar


download link : http://www.4shared.com/audio/hJKhRrNw/Qutaiba_Zuwayed_-_Manar.html

4) انت ملاك


download link : http://www.4shared.com/file/231741891/2a04afbb/Enti_Malak_-__.html

5) mahabbatii


download link : http://www.4shared.com/audio/zMV8l_ZU/___.htm

Allahu a3lam

Thursday 14 April 2011

~ CARA MEMBUAT VIDEO DI WINDOWS MOVIE MAKER ~

WINDOWS MOVIE MAKER ...emhh mungkin sudah x asing lagi bagi anda yang sering "bertatapan muka dengan komputer" ataupun bagi anda yang sering ngutak -ngatik menu komputer. Kali ini saya akan mengulas sedikit tentang tata cara penggunaan movie maker dan manfaatnya. Mungkin bagi anda yang sudah  biasa di pusat Movie maker, sudah menganggap Windows Movie Maker sudah kuno ataupun judul.Tapi yupp ... masih ada yang belum mempelajari Windows movie maker, mungkin tulisan ini agak sedikit membantu.
Apa sech Windows Movie Maker itu??
Window Movie Maker boleh di katakan sebagai aplikasi pembuatan video yang masih level standart, tapi boleh saja bila Windows Movie Maker ini jadi lebih baik apabila ditangan - tangan yang ahli tentunya :). Windows Movie maker ini tentunya sangat mudah kita jumpai di komputer - komputer.
OK inilah langkah - langkah cara penggunaan "Windows Movie Maker"

Langkah 1
Click "Start" terus "All Program". Terus Cari tuch "Windows Movie Maker", biasanya letaknya ada di menu "All Program" tapi ada loch yang letak nya di "Accessories"


Langkah 2


tentunya click menu "Windows Movie Maker" tesebut, dan berikut adalah tampilan Mindows Movie Maker.Di sinilah saatnya ada berkreasi sesuai dengan keinginan ada.


Keterangan gambar 
no 1 >>
Berupa barisan menu untuk membantu pembuatan video kita. Menu tersebut terdiri dari Capture Video, Edit Movie, Finish Movie, Tips Video. Masing - masing menu memiliki cabang menu lainnya.
no 2 >>
Berupa ruang untuk display (menampilakn) file yang di upload, item Effect's.
no 3 >>
Pemutar hasil video yang kita buat nanti. Tampilan dan controlnya simple,menyerupai Windows Media Player ataupun Winamp.
no 4 >>
Kotak timeline untuk penyetingan waktu serta file - file mana saja yang perlu di dahulukan dan di akhirkan

Setelah gambar sepeti di atas muncul, saatnya ada untuk meng-inport/meng-upload file anda yang akan di jadikan project di Windows Movie Maker ini. File yang boleh di-import / di-upload iaitu file video , gambar, audio / music.


Berikutnya anda perlu upload file anda yang sudah tersedia ( video / picture / music ) dan sebagai contoh ,berikut ini adalah proccess import


Dan inilah tampilan file yang sudah ter-inport


Langkah 3


Drag / tarik file (photo / video /musik) yang akan di buat video tersebut ke kotak, dengan cara mengclick file tersebut sampai kedalam kotak video yang berada paling bawah. Berikut ini adalah contoh proses Drag :)
contoh drag
Contoh file yang telah masuk ke dalam kotak videoLangkah 4


setelah kita memasukan file - file tadi, saatnya kita berkreasi dengan cara mengedit file - file tadi dengan menambah kata - kata atau effect pada file tadi.
gambar berikut adalah contoh gambar untuk menambahkan kata - kata ataupun keterangan project video kita tadi :), pilih "make titles or credits"

gambar di bawah adalah contoh pilihan untuk memasuk tulisan / text ke dalam project video kita tadi.. jelas kan ?


title at the beginning :
menambahkan text pada awal video
title before the selected clip :
menambahkan text selebelum file yang dipilih muncul
title on the selected clip :
manambahkan text pada file yang di pilih
title at the after the selected :
menambahkan text sesudah file yang dipilh muncul
credit at the end :
menambahkan text pada akhir video
click salah satu yang anda inginkan untuk project video anda, kemudian masukan text yang anda inginkan.


Anda pun boleh mengedit text, warna, bentuk font / huruf. serta bentuk animasi yang di inginkan sesuai dengan hati ckckckc :)
untuk merubah animasi, tinggal click "change the title animation"
untuk merubah font dan warna tinggal click " change the text font and color"


gambar di bawah adalah tampilan pemilihan animasi text, ada banyak pilihan animasi. jadi tinggal click "done, add title to movie" dan text yang di inginkan pun langsung bersatu dengan project video kita.
Langkah 5


Sesudah text dan animasi masuk kedalam objek yang di inginkan, dan kini saatnya memberikan effect pada video kita. Lumayan banyak effect - effect yang dapat kita gunakan. Gambar berikut ini adalah proses pemberian effect pada file objek kita :)


Berikut adalah gambar effect


Untuk pengguna dan pemilih effect, kita tinggal men-Drag effect tersebut yang di inginkan. Prosesnya pun masih sama sepeti saat proses men-Drag photo ke dalam timeline/ kotak project video kita.


Sesudah pemberian text animasi dan effect pada objek file, saatnya kita menentukan panjang dan pendeknya durasi musik sesuai dengan objek file video kita. Cara mengedit panjang pendeknya durasi musik, kita tinggal menarik bahagian ujung musik ke bahagian akhir objek file video ataupun sesuai dengan ke inginan kita :)


Langka 6


Langkah ini adalah langkah yang di tunggu - tunggu, iaitu proses penyimpanan video kita yang telah jadi.Akhirnya video pun telah sempurna dan selesai, dan selanjutnya tinggal anda simpan. Ada beberapa pilihan penyimpanan dan tentunya sesuai dengan keperluan anda. Berikut ini adalah proses pemyimpanan video .Sila bagi nama sesuai dengan keinginan kita. Proses selanjutnya tinggal click "next"



Gambar berikut ini adalah proses akhir video kita, tunggu sampai proses penyimpanan mencapai 100 %. Setelah semuanya mencapai 100 %, anda pun tinggal click "next" dan video pun siap di tonton :)






Yup... itulah cara buat video di Windows Movie Maker, selamat mencuba dan semoga berhasil ;) GOOD LUCK !