bismillah Pictures, Images and Photos

Saturday 14 May 2011

Tutorial: Cara Guna Photoscape :)

Assalammualaikum w.b.t ..anda nak tahu tak cara2  menggunakan photoscape neh ?
meh  saya ajarkan ..susah sangat :p
Siapa xda Photoscape xreti nk download...
Klik SINI >> Photoscape
Kita mulakan dari 3..
3..










2...







1....






0....



                  1) Pertama sekali  bukak Photoscape dulu..lepas klik "Anigif" yg saya bulat tu

2) Lepas klik Anigif.. akan keluar terpancar benda di atas ini..carilah gmbr yg anda inginkan di komputer kesayangan anda ..dan tarik gambar yg anda ingin itu pergi ke yg saya bulat warna biru tuh...


3) ini gmbr yg telah saya siapkan dan dikotakkan itu...
selepas itu ......


4) tukarkan kelajuan gmbr itu bergerak dr 1.00 second ke ______ second ..berada yg anda mahu..


5) Ctrl + A utk klik semua gmbr ataupon anda leh klik satu persatu pon leh gak..
dan anda mesti klik utk tukar masa gmbr itu bergerak.. ikot step ke 4 ...

6) Selepas anda mengikut step 5..anda akan nmpk benda ini & tukar la masanya...
"Display Time"






                7) Chaa !!  Inilah Hasilnya...saya membuat masa 50 sec
                    GOOD LUCK !!
            Simple, mudah & senang... Selamat mencuba :)

Sunday 8 May 2011

ADA APA DENGAN SURAH AL-MULK??

Assalamualaikum, kali ini kita ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai surah Al-Mulk. Ada apa sebenarnya dengan surah ini. Surah Al-Mulk ialah surah keamanan dan keselamatan. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, ia dapat menyelamatkan pembacanya daripada siksaan azab kubur. 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Ada satu kisah yang pernah berlaku yang mengaitkan surah Al-Mulk ini, pernah suatu ketika para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".

Pelbagai lagi kelebihan surah ini yang terdapat dalam hadis, antaranya ialah:

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Surah ini elok diamalkan pada setiap malam sebelum kita hendak tidur.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Adakah kita semua tidak mahu menjadi seperti kata Saiydina 'ali, ohh..alangkah ruginya...
Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

Kita seharusnya selalu mengamalkan surah Al-Mulk ini kerana:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
Alangkah indahnya jika kita selalu mengamalkan surah Al-Mulk ini, kerana padanya terdapat pelbagai manfaat. Oleh itu marilah kita mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian ini...