bismillah Pictures, Images and Photos

Wednesday 7 September 2011

KEM PEMANTAPAN PERSONALITI

KEM PEMANTAPAN PERSONALITI

OBJEKTIF
1)      Membina personaliti diri yang mantap dalam kalangan para peserta.
2)      Membina keyakinan beragama dalam diri para peserta.
3)      Menggilap potensi dan kemampuan diri para peserta.

TEMA
“MEMANTAPKAN KEIZZAHAN DAN KEHIMMAHAN HAMBA, MENINGKATKAN PRETASI DIRI.

TARIKH
22,23 dan 24 september 2011

TEMPAT
Tasoh Lake Resort, Perlis.

FAEDAH YANG ANDA DAPAT DARIPADA PROGRAM
Mempunyai slot penting dan bermanfaat untuk anda ketahui,  Antaranya:

1)      Kalau tuhan tak dikenali (fokus- Hakikat kehambaan)
2)      Be a good Muslim            (fokus-Membina personaliti seorang mukmin)
3)      Just do It                          (fokus-Meningkatkan keyakinan dIm menghayati agama)
4)      Practice Make Perfect    (fokus- Menggilap Potensi dan Kemampuan Diri)
5)      Dunia ini satu persinggahan  (fokus-Mengumpul bekalan ke Akhirat )
6)      Hijrah Transformasi        (fokus- ke arah pencapaian yang lebih baik)

Antara aktiviti lain:
1)      Explores
2)      Flying fox
3)      Obstacle

YURAN PESERTA   “RM80”
sangat berpatutan dangan slot dan aktiviti yang disediakan .
YAKINLAH anda tidak akan rugi menyertainya.


Wednesday 17 August 2011

RAMADAN KAREEM


RAMADAN KAREEM
Brothers and sister in Islam, know that the days of this world are short and that the day or the hereafter are longer, no matter how much the person does of the good deeds in this life he will benefit from it in the hereafter which has no end. So come on and seek blessings, goodness, obediences , learning , and teaching the Religious Knowledge and in particular the personal obligatory knowledge in the month of forgiveness and mercy ,and the month of the Quran. Do remember that the Messenger of Allah SWT used to more generous in Ramadan.

PENGHAYATAN NUZUL QURAN

Al-Quran yang Allah SWT turunkan sekaligus pada malam Lailatul Qadr ke langit dunia baitui ‘izah kemudian telahpun disampaikan kepada Rasulullah secara beransur – ansur selama lebih kurang 23thn .Al-Quran adalah kitab kalamullah yang tidak boleh dipandang ringan.Beriman kpd kitab Allah itu adalah satu daripada Rukun Iman.Sesiapa yang tidak yakin kepada kitab Allah itu maka dia dikira kufur terhadap Allah, akibatnya pada hari Qiamat nanti dia tergolong orang yang rugi.

Firman Allah SWT dalam ayat 121 suruh al-Baqarah:
Masudnya:” Orang-orang yang kami (Allah) datangkan kitab kepada mereka , meraka itu membacanya dengan benar-benar bacaan, mereka adalah orang-orang yang benar beriman dengannya (dengan Al-Quran). Sesiapa yang kufur (tidak mempecayainya) maka mereka itu adalah orang-orang yang rugi(di hari akhirat nanti)”

Dr Solah Abdul Fateh al Khalidi dalam kitabnya menjelaskan , matlamat utama al-Quran hamper tidak keluar dari 4 pekara besar:

1)     1) Membawa hidayah dan petunjuk kepada jalan Allah , petunjuk yang benar.

2)    2)  Al-Quran bermatlamatkan untuk melahirkan dan membentuk individu-individu yang bersalsiah islam , berpindah daripada realiti jahiliyah yg buruk kepada islam berpaksikan dan berteraskan kepada iman, tauhid kepada Allah.

3)     3) Al-Quran bermatlamatkan membentuk masyarakat Islam Qurani(Jilnul Farid) :- Masyarakat yg terdiri daripada individu yg terdidik dgn ajaran al-Quran, membangun dgn prinsip dan arahan al-Quran dan berkembang dalam suasana al-Quran dan hidup bawah naungan sinaran  al-Quran.

4)      4)Al-Quran juga membentuk kepimpinan umat yang sentiasa merujuk dan mengikut panduan daripada wahyu Allah (al-Quran) mengikut arahan syara’.


BASAHILAH  LIDAHMU  DENGAN  AYAT  SUCI AL-QURAN….
Wassalam…



Sunday 5 June 2011

kisah kematian


Cerita ini dikisahkan sendiri oleh seseorang yang sangat dipercayai. Kira, sumber sah dan tiada alasan untuk mereka cerita. Baru-baru ini ibu kepada yang menceritakan ini meninggal dunia. Dia mempunyai seorang saudara kanak-kanak istimewa. Pada masa di hospital, ketika arwah masih di hospital, kanak-kanak ini tidak mahu masuk melihat arwah. Begitu juga ketika orang memberikan penghormatan terakhir kepada arwah, kanak-kanak ini tidak mahu ikut sama walaupun dipujuk.
Ini mendatangkan hairan kepada pencerita dan dia memujuk kanak-kanak itu untuk bercerita apabila semuanya sudah selamat. Menurut kanak-kanak itu pada masa arwah sedang mengucap dua kalimah syahadah di belakang si pencerita (yang ketika itu sedang mengajar arwah mengucap) dia nampak dua makhluk yang bertanduk sedang bertepuk tangan meraikan kematian manusia (mungkinkah ia syaitan yang ingin memesongkan hati orang yang hampir meninggal dunia?). Di hadapan dada arwah satu makhluk yang sangat besar seolah-olah mahu menimpa arwah.
Pada ketika orang mengambil peluang untuk mencium wajah arwah untuk kali terakhir, kanak-kanak itu nampak bilik itu dipenuhi oleh ramai orang tua berbaju putih (mungkinkah roh-roh yang ingin mengiringi jenazah ke kubur) menunjukkan isyarat tangan ke bibir, meminta kanak-kanak itu berdiam.
Pada akhir perbualan kanak-kanak itu dengan pencerita, kanak-kanak itu menyesal kerana menurutnya telah mungkir janji pada seseorang kerana membocorkan rahsia.
Betapa istimewanya kanak-kanak yang boleh melihat alam ghaib. Pengajaran dari cerita ini begitu menginsafkan. Mati itu pasti dan bersediakah kita pergi? Semoga kita mati dalam iman, dalam Islam....

Saturday 14 May 2011

Tutorial: Cara Guna Photoscape :)

Assalammualaikum w.b.t ..anda nak tahu tak cara2  menggunakan photoscape neh ?
meh  saya ajarkan ..susah sangat :p
Siapa xda Photoscape xreti nk download...
Klik SINI >> Photoscape
Kita mulakan dari 3..
3..










2...







1....






0....



                  1) Pertama sekali  bukak Photoscape dulu..lepas klik "Anigif" yg saya bulat tu

2) Lepas klik Anigif.. akan keluar terpancar benda di atas ini..carilah gmbr yg anda inginkan di komputer kesayangan anda ..dan tarik gambar yg anda ingin itu pergi ke yg saya bulat warna biru tuh...


3) ini gmbr yg telah saya siapkan dan dikotakkan itu...
selepas itu ......


4) tukarkan kelajuan gmbr itu bergerak dr 1.00 second ke ______ second ..berada yg anda mahu..


5) Ctrl + A utk klik semua gmbr ataupon anda leh klik satu persatu pon leh gak..
dan anda mesti klik utk tukar masa gmbr itu bergerak.. ikot step ke 4 ...

6) Selepas anda mengikut step 5..anda akan nmpk benda ini & tukar la masanya...
"Display Time"






                7) Chaa !!  Inilah Hasilnya...saya membuat masa 50 sec
                    GOOD LUCK !!
            Simple, mudah & senang... Selamat mencuba :)

Sunday 8 May 2011

ADA APA DENGAN SURAH AL-MULK??

Assalamualaikum, kali ini kita ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai surah Al-Mulk. Ada apa sebenarnya dengan surah ini. Surah Al-Mulk ialah surah keamanan dan keselamatan. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, ia dapat menyelamatkan pembacanya daripada siksaan azab kubur. 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

Ada satu kisah yang pernah berlaku yang mengaitkan surah Al-Mulk ini, pernah suatu ketika para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka".

Pelbagai lagi kelebihan surah ini yang terdapat dalam hadis, antaranya ialah:

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Surah ini elok diamalkan pada setiap malam sebelum kita hendak tidur.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Adakah kita semua tidak mahu menjadi seperti kata Saiydina 'ali, ohh..alangkah ruginya...
Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

Kita seharusnya selalu mengamalkan surah Al-Mulk ini kerana:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
Alangkah indahnya jika kita selalu mengamalkan surah Al-Mulk ini, kerana padanya terdapat pelbagai manfaat. Oleh itu marilah kita mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian ini...

Wednesday 27 April 2011

MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PERSATUAN PELAJAR ASASI SESI 2010/2011


Assalamualaikum wbt

Pihak PERINTIS akan mengadakan program Majlis Pelancaran Dan Perasmian Persatuan Pelajar Asasi Sesi 2010/2011 yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti yang dinyatakan di bawah

tarikh : 8 Mei 2011
masa : 9.30 pg- 1.00 ptg
tempat : Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Dirasmikan Oleh : Dato Wira Dr Jamil B Osman (Rektor KUIN)

Antara pengisian program ialah :

1) pengenalan barisan kepimpinan PERINTIS sesi 2010/2011
2) penyerahan watikah perlantikan kepada barisan kepimpinan PERINTIS sesi 2010/2011
3) pembentangan polisi Pusat Pengajian Asasi
4) persembahan pelajar asasi ( nasyid dan deklamasi sajak)
5) cabutan bertuah (hadiah menarik menanti para peserta yang bertuah)

p/s : 
-kehadiran pelajar asasi adalah diwajibkan (sains, pengurusan dan pengajian islam , semester 2,dan 3) tiada sebarang pengecualian.
- tindakan akan diambil oleh Pihak Puat Pengajian Asasi sekiranya pelajar tidak menghadiri program ini

sama-samalah kita memeriahkan majlis

"PELAJAR ASASI INTELEK, PERINTIS MAHASISWA CEMERLANG"

Thursday 21 April 2011

ketika laki menangis....

Kata Siapa Lelaki tak pernah Menangis?

bahkan kadang jiwa dan hatinya lebih halus dari wanita
tersembunyi di balik kegagahan wajahnya

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depanmu..
tapi yakinlah di saat engkau tidak tahu
di jejak dia berangkat kerja
atau dalam duduk tafakur setelah sholatnya
kadang air mata itu tumpah

Karena akal mendominasi jiwanya
maka yang kau temukan hanya ketegaran

tapi coba kau tengok matanya
setelah ia mengimamkan sholat tahajud malam itu
ada kilatan cahaya embun yang menetes dalam ketegaran…
atau ketika dia tertunduk letih
setelah berjam-jam mencari nafkah…
lihat sejenak mata itu…
maka mata adalah cermin jiwa…

Maka menangislah Umar bin Khattab ketika mengetahui ada rakyatnya yang kelaparan
sementara kita tahu, bagaimana tegasnya sosok lelaki ini..
tapi air matanya pun tumpah…..

Inilah Sosok Lelaki
sosok suami yang Allah menatapnya dengan kerinduan..

Mereka menjemput pagi dengan harapan
dan membawa malam dengan asa…..

Lihat lah Lelaki yang saat ini menjadi suamimu..
sesungguhnya Surgamu
ada pada Keridhoan-Nya…..

Lihatlah Lelaki yang Allah Mengatakan lewat lisan Nabi SAW  kita..
“Barang siapa yang sore hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah di lakukannya, maka dia dapatkan sore hari tersebut, dosa-dosanya di ampuni Allah SWT”
(HR.Thabrani)


Merekalah Lelaki Sholeh
yang menumpakan air matanya
seraya lisan dan hatinya berdoa…

“Ya Rabbana, berikanlah kebaikan untuk Istri dan anak-anakku kelak….. Jadikanlah Mereka semua Kesenanganku di Surga-Mu yang Maha Indah…..”

Inilah Lelaki dan Suami Sholeh
idaman bidadari tak hanya bidadari bumi
tapi juga Bidadari Surga, yang mengintip Menanti.

Amin Allahhuma Amin......