bismillah Pictures, Images and Photos

Thursday, 7 April 2011

Software Untuk Kecilkan Saiz Video Dengan Software AVI to MP4


Software yang saya maksudkan ialah
 iPodMe.

Kenapa nak convert dari AVI ke MP4.
AVI ni kualiti dia ok, dan ianya biasa sangat digunakan. MP4 ni pulak, saiz dia lebih kecil dari AVI tetapi mempunyai kualiti yang sama.



Cuba tengok gambar kat bawah. Dua fail dari format yang berbeza. 'garfield.avi' saya baru convert dari DVD ke avi menggunakan software AutoGK. Dimensi dia 640x368. Lepas tu aku convert file AVI tu kepada MP4. Dimensi tetap sama. Dalam masa lebih kurang setengah jam, siap. Fail tu telah dikecilkan sebanyak 35%. Itu saya gunakan dimension yang sama. Kalau saya nak pindahkan masuk iPod, memadai
saya gunakan dimension 320x184. Pengecilannya boleh mencapai sehingga 70% ialah dari sebesar 716MB kepada 200MB dengan kualiti yang hampir sama.

Kenapa nak kecilkan saiz file?
1. Hard disk dah penuh. Sayang nak delete file.
2. Nak simpan atau masukkan dalam iPhone, handphone, iPad, pendrive atau apa-apa gadget.

Apa masalahnya kalau guna software lain?
Audio and video unsync!!. Ini adalah masalah problem yang paling biasa kalau kita convert file dari satu format ke format yang lain. saya dah try cuba macam-macam software. Selalu sangat jadi problem ni. Software yang mahal harga dia pun sama jer. Yang paling sakit hati, kita cuma tahu problemnya hanya selepas fail tu siap di convert. Tak yah saya listkan kat sini, karang tak pasal-pasal kena saman pulak..

Ajaibnya, iPodMe ni tidak menghadapi masalah seperti itu!! (Memang OKlah)

Apakah kelebihan software ni:
1. Yang paling penting sekali ialah dia punya audio tak lari dari video (unsync problem).
2. Kualiti video yang dah di convert memang terbaik.
3. Percuma. Ya betul! Software ni percuma.
4. Simple. Amat mudah digunakan. Very user-friendly.
5. Laju.

Macam-mana cara nak convert AVI to MP4?
Lihat gambar di bawah. Cuma 3 langkah ajer. Mudah ajer!
Mana nak download?
Download dari link kat bawah:
Version terbaru ialah v2.4.
http://nodadev.wordpress.com/pc-projects/ipodme/

Semoga berpuas hati...

2 comments:

  1. nak belajar!!!!! nanti tlg ajr~ huhuhu kt sni x bpe pham la.. 1 lg, ada x software yang boleh edit youtube slpas d/load..

    ReplyDelete
  2. nak tanya ya!kekawan yg budiman knp setiap kita convert movie dpd saiz yang kecil jadi besar boleh tak tolong jelaskan terima kasih.

    ReplyDelete